MH370 Tiada Yang Selamat?
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata hasil siasatan daripada lokasi terakhir dikesan satelit tidak menunjukkan bahawa ada penumpang Malaysia Airlines MH370 terselamat.
Meskipun begitu beliau mengharapkan akan berlakunya keajaiban dan meminta semua rakyat Malaysia untuk tidak berhenti berharap dan berdoa.
�Daripada spekulasi yang diterima sebelum ini dari segi teknikalnya dan petunjuk terakhir daripada satelit menunjukkan tidak ada yang terselamat.
�Namun saya masih mengharapkan keajaiban terjadi dan kita akan terus berdoa,� katanya pada sidang media di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Misi mencari pesawat MH370 yang hilang memasuki hari ke-31 hari ini membabitkan 12 pesawat dan 14 kapal yang dijangka menerokai kawasan seluas 234,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
Sementara itu? Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata urusan untuk membawa waris penumpang ke Perth, Australia hanya akan dilakukan selepas objek atau serpihan MH370 dijumpai.
�Kami masih belum tetapkan tarikh itu namun memutuskan selagi serpihan pesawat tidak ditemui maka tidak akan menghantar waris ke Australia.
�Dan selain itu juga kita akan mengenal pasti waris sebenar yang akan pergi ke sana,� katanya.
?Minggu lalu, Hamzah dalam sidang medianya menolak tuntutan waris penumpang China supaya Malaysia meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung nasib 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman pada 24 Mac lalu langsung tidak menyebut bahawa pesawat itu �terhempas� mahupun �tiada yang terselamat�.
Beliau berkata Najib hanya mengumumkan bahawa penerbangan tersebut berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK. � The Malaysian Insider.
Posted in:
0 comments for "MH370 Tiada Yang Selamat?"
Leave a reply